
Mesyuarat Lembaga Pemegang-Pemegang Amanah Yayasan Terengganu Kali ke-53 yang bersidang pada 29 November 2021 telah bersetuju dengan cadangan untuk menubuhkan Persatuan Alumni Yayasan Terengganu dan telah didaftarkan sebagai sesuatu pertubuhan di bawah Seksyen 7 Akta Pertubuhan 1966 pada 3 Mac 2022
Bermula tahun 1972, iaitu sejak 50 tahun yang lalu, lebih 160 ribu pelajar telah mendapat manfaat dari Yayasan Terengganu membuktikan bahawa Yayasan Terengganu sangat komited dalam usaha menyokong pembelajaran anak-anak terengganu.
Selain biasiswa SPC yang telah diperkenalkan sejak 2019, pelbagai skim penajaan kendalian Yayasan Terengganu ditawarkan antaranya skim pinjaman one-off yuran pengajian ijazah pertama luar negara, skim pinjaman pelajaran top up dan skim pinjaman latihan kemahiran.
Penerima manfaat Yayasan Terengganu dipecahkan kepada beberapa kategori termasuklah pelajar tajaan Yayasan Terengganu, pelajar sekolah menengah Imtiaz Yayasan Terengganu, pelajar asrama berkumpul Yayasan Terengganu, pelajar pusat pendidikan Yayasan Terengganu dan penerima anugerah Yayasan Terengganu.
Jumlah ini tidak termasuk persatuan mahasiswa anak terengganu (PERMATA) dan kolej kemahiran yayasan terengganu.